Skip to main content

BERKUMUR UNTUK PENGHIDAP DIABETES

Sekiranya menghidap diabetes, anda akan lebih mudah terdedah kepada radang gusi dan juga berisiko lebih tinggi untuk menghidap penyakit gusi lanjutan yang dikenali sebagai periodontitis. Mengekalkan rutin penjagaan oral yang konsisten adalah penting bagi kesihatan oral anda. Langkah-langkah asas seperti memberus, memflos dan berkumur setiap hari adalah sama bagi anda seperti juga orang lain yang mahukan mulut yang lebih bersih dan sihat, tetapi anda perlu berjaga-jaga. Rujuk petua di bawah untuk panduan.

IKUTI JADUAL PERJUMPAAN DENGAN DOKTOR GIGI ANDA

Mempunyai mulut yang sentiasa bersih dan sihat yang boleh dibanggakan melibatkan bukan sekadar penjagaan di rumah. Jadualkan temu janji dengan doktor gigi anda sekurang-kurangnya setiap enam bulan sekali. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit kronik pula, anda mungkin perlu lebih kerap berjumpa doktor gigi anda bagi memastikan anda mengekalkan kesihatan oral anda.