Memahami Gusi Merah, Bengkak dan Rengsa
Apabila gusi anda merah, bengkak dan rengsa, anda akan perasan darah di dalam sinki selepas memberus atau memflos gigi, dan ini merupakan petanda awal penyakit gusi atau gingivitis yang lazim berlaku. Gusi bertukar daripada warna merah dan pejal menjadi sakit, merah dan bengkak akibat peningkatan plak pada gigi manakala tindak balas badan terhadap keradangan mula berlaku. Apabila gigi membengkak dan terganggu, ia mudah berdarah apabila diberus atau diflos.
Punca paling lazim gusi rengsa adalah rutin penjagaan mulut yang tidak konsisten di rumah. Teknik memberus yang tidak sempurna juga boleh memburukkan keadaan. Menggosok dan memflos gigi dengan tidak kerap dan sempurna juga mengakibatkan makanan dan bakteria terselit di celah-celah gigi dan gusi sekali gus menjadi sarang untuk bakteria membiak dan membentuk plak gigi. Pembentukan plak pada garisan gusi ini, jika tidak dihapuskan dengan rutin pembersihan mulut yang baik, boleh mengeras menjadi tartar yang hanya boleh dibuang dengan peralatan pergigian profesional.
Perkara penting yang perlu diketahui adalah terdapat tempoh masa apabila gusi yang berdarah dan membengkak dengan jangkitan kuman masih boleh dipulihkan pada peringkat awal dengan memperbaik kebersihan mulut anda. Justeru, walaupun gingivitis tidak serius, ia perlu diambil berat dan dirawat, atau ia akan menjadi penyakit gusi lanjutan (periodontitis), yang menjadi punca utama kehilangan gigi di kalangan orang dewasa. Berkumurlah dua kali sehari, berus gigi dengan lembut menggunakan berus gigi berbulu lembut atau berus gigi elektrik dua kali sehari, serta flos sekali sehari.
Jumpai doktor gigi dengan tetap untuk membuang plak dan tartar.