Skip to main content

Kepentingan Berkumur? Kesan Berkumur Dua Kali Sehari

Berkumur dua kali sehari bukan hanya cara yang hebat untuk mengekalkan nafas segar anda. Ini amalan utama untuk membersihkan keseluruhan mulut anda. Hakikatnya, memberus gigi hanya membersihkan 25% daripada mulut anda. Kuasa berkumur ini akan melawan bakteria di dalam keseluruhan mulut anda termasuk gigi dan gusi. Namun, ia perlu digunakan dua kali sehari agar ia mampu membersihkan dengan cukup berkesan. Lagi pun, kuman berada di dalam mulut anda sepanjang hari dan sekali kumuran pula hanya melindungi anda selama 12 jam. Agar kumuran LISTERINE® berfungsi sepenuhnya, gunakannya seperti yang diarahkan dan berkumurlah bersungguh-sungguh selama 30 saat, dua kali sehari.

Apakah yang berlaku setiap kali anda berkumur dengan sempurna? Kajian menunjukkan bahawa Pengkumur Mulut Listerine® membunuh bakteria oral dalam masa 10 sehingga 30 saat, yang dapat anda rasakan perubahannya dengan penggunaan berterusan.

Malah, bakteria dalam sampel plak dan air liur mati dalam tempoh 30 saat apabila bertemu dengan Pengkumur Mulut Listerine®. Jangan beri peluang langsung kepada kuman-kuman ini. Berkumurlah sampai 30 saat bagi memastikan mulut anda benar-benar bersih.

Berkumur dua kali sehari merupakan cara terbaik untuk melindungi mulut anda. Namun, jika anda telah pun mula mengalami gejala penyakit gusi, terdapat Pengkumur Mulut Listerine® untuk anda. Produk-produk kami diperakui doktor gigi dan terbukti melalui kajian untuk membantu gusi yang meradang, merah, dan membengkak, serta gusi yang mudah berdarah.

Kami juga ada pelbagai rangkaian produk untuk membantu anda mencapai pelbagai matlamat penjagaan mulut yang berbeza selain daripada membersihkan gusi untuk melindungi enamel anda. Lengkapkan amalan memberus, memflos dan pemeriksaan di klinik gigi dengan berkumur menggunakan cecair kumuran yang mampu memenuhi janjinya untuk menentang plak dan gingivitis. Suatu rutin harian yang ringkas untuk kesihatan oral berpanjangan yang dapat dibanggakan. Kuatkan azam untuk melakukannya selama 21 hari berturut-turut dan anda sendiri akan merasakan perbezaannya. Izinkan kumuran LISTERINE® menunjukkan jalannya tanpa mengira apa sahaja matlamat anda – mengurangkan gigi berlubang, plak, tartar dan kuman, atau memiliki enamel yang lebih kuat.

Video

Biofilem melekit dan menjengkelkan. Lihat bagaimana LISTERINE® Lab menentangnya.

Video

Lihat aksi melawan gigi berlubang! LISTERINE® Lab menerangkan sebab kita memerlukan fluorida.