Skip to main content

CARA MEMUTIHKAN GIGI

Menurut suatu tinjauan baru-baru ini, pemutihan gigi adalah antara rawatan kosmetik yang paling dikehendaki di klinik gigi. Dengan terciptanya teknik pemutihan gigi sendiri di rumah, pemutihan gigi kini semakin popular berbanding dahulu sebagai satu cara segera untuk meningkatkan keyakinan.

Rawatan Pemutihan Gigi di Klinik

Doktor gigi anda boleh melakukan rawatan pemutihan gigi profesional dengan cara menyapu agen pemutihan yang kuat pada gigi anda. Pada masa sama, beliau juga akan mengambil langkah berhati-hati untuk melindungi gusi dan bahagian mulut yang lain (prosedur ini selalunya melibatkan gel penampan yang melindungi gigi daripada kerosakan). Rawatan ini kebiasaannya memutihkan gigi dengan jelas daripada sekali sehingga 10 kali lebih putih daripada sebelumnya. Namun ia hanya memutihkan lapan batang gigi hadapan sahaja.

Rawatan Pemutihan Dilakukan Sendiri

Pemutih gigi untuk kegunaan sendiri boleh didapati dengan mudah di farmasi, dan ia kini menjadi alternatif yang popular pada harga yang berpatutan berbanding dengan rawatan profesional. Antara pilihan yang boleh dipertimbangkan: pencuci mulut yang memutihkan gigi, seperti LISTERINE®, ubat gigi pemutih gigi, jalur pemutih, gel gigi sapuan terus, pelekap gigi dengan gel dan gam pemutih Kaedah pemutihan di rumah tanpa memerlukan pengawasan doktor ini secara umumnya dianggap selamat oleh persatuan pergigian kosmetik. Namun, jika anda didiagnosis (atau disyaki) mempunyai masalah atau penyakit gusi, gigi atau mulut, anda perlu mendapatkan pandangan doktor gigi anda dahulu sebelum menggunakan teknik pemutihan gigi sendiri ini. Pastikan juga anda mengikut arahan yang diberikan pada kotak peralatan ini, dan jika anda mengalami sebarang kesan sampingan, seperti gigi sensitif, bincangkan perkara tersebut dengan doktor gigi anda.