Peranan Penting Air Liur Dalam Kesihatan Mulut
Air liur iaitu cecair lutsinar di dalam mulut kita ini merupakan penyumbang besar kepada kesihatan mulut kita, tetapi ia kurang diberi perhatian.
Air Liur Menyelamatkan Mulut Anda
Fikirkan air liur sebagai suatu sistem pengawal suhu, pelarut makanan yang berkesan dan pembantu menyeluruh bagi sistem pencernaan. Air liur mengandungi bahan yang sangat berkesan dalam melarutkan makanan sewaktu kita makan dan ia memastikan makanan dapat dihadam dengan baik.
Air Liur Melindungi Gusi daripada Bakteria
Mineral dan protein air liur yang mengurangkan kuman dan menguatkan gigi mengurangkan risiko kerosakan gigi dan penyakit gusi. Ia juga menentang bau mulut dengan menjauhkan bakteria.
Air Liur Mengekalkan Gigi Palsu Di Tempatnya
Peningkatan umur mempunyai cabarannya yang tersendiri. Namun kini telah kurang satu cabaran berkat mulut anda. Air liur memastikan gigi palsu anda kekal lekap pada tempatnya, jadi kita tidak perlu begitu risau dengan sebarang kejadian tak diingini apabila kita meningkat tua.
Air Liur Mencegah Mulut Kering
Kita juga menghasilkan air liur yang semakin kurang apabila kita semakin tua. Ini dipanggil mulut kering, atau istilah teknikalnya, xerostomia. Sesetengah simptom mulut kering termasuklah rasa tidak selesa seolah-olah lidah bengkak, sukar menelan dan anda terasa seperti anda memaksa ludah turun ke dalam tekak anda.
Lebih daripada ketidakselesaan semata-mata, mulut yang kering juga seolah-olah mengundang kuman datang, dan bakteria mudah membiak apabila air liur berkurangan. Inilah sebab mulut berbau sering kali menemani mulut kering, dan mengapa ia meningkatkan risiko penyakit gusi, kaviti dan kerosakan gigi.
Walaupun lebih lazim berlaku apabila kita semakin berusia, mulut kering juga boleh berlaku akibat sesetengah ubat dan keadaan kronik seperti diabetes, stres, merokok atau malahan dehidrasi.
Mengekalkan aliran air liur adalah mustahak dalam memastikan gigi dan gusi anda sihat. Apabila mulut anda terasa kering, anda boleh menghasilkan air liur dengan cepat dengan mengunyah gula-gula getah tanpa gula, memakan sesuatu atau meminum air. Jika mulut kering berlaku akibat kesan sampingan ubat-ubatan, dapatkan nasihat doktor anda tentang cara mengurangkan kesannya, atau tukar preskripsi jika boleh.