Mulut Lebih Sihat, Planet Lebih Walafiat
Kami menggambarkan sebuah dunia di mana setiap orang, di mana-mana sahaja menyedari bahawa mulut yang sihat adalah sebahagian daripada kesihatan asas. Apabila kami menyatakan bahawa kami berkomitmen untuk membantu anda mencapai kesihatan mulut yang terbaik, kami juga membuat komitmen untuk melakukannya dengan cara yang bertanggungjawab dan lestari yang akan membantu melindungi planet kita.
Setiap botol kami diisi dengan ramuan yang dipilih dengan teliti dan berkualiti tinggi, disokong oleh sains.
Minyak perisa pengkumur mulut Cool Mint® kami dapat dikesan sehingga ke petani asalnya
Minyak pati LISTERINE® kami diilhamkan oleh alam semulajadi
Pengkumur mulut kami bebas dari paraben dan triclosan
Kami sentiasa berusaha untuk mengurangkan sisa pembungkusan, menggunakan lebih banyak bahan yang boleh dikitar semula dan boleh diperbaharui.
Botol Listerine kami yang telus diperbuat dari bahan plastik yang paling banyak dikitar semula di dunia, dan boleh dikitar semula di kebanyakan pasaran
Untuk mengelakkan penutup terbiar di persekitaran, pastikan penutup di atas botol semasa mengitar semula
Kami berusaha untuk mencapai penggunaan 100% kertas dan pembungkusan pulpa yang disahkan dikeluarkan secara bertanggungjawab atau dikitar semula pasca pengguna pada tahun 2025
Kami akan mula melancarkan pembungkusan dengan plastik pasca pengguna (PCR) pada tahun 2022 dengan aspirasi untuk mencapai penggunaan 100% pada tahun 2030
Kami memberi tumpuan kepada penyelesaian inovatif untuk mengurangkan pelepasan rumah hijau, meningkatkan kecekapan tenaga dan air, dan memulihara sumber alam sekitar kita.
Minyak perisa pengkumur mulut Cool Mint® kami mengandungi gabungan pudina premium dan berpaten yang memerlukan air dan tenaga yang kurang untuk tumbuh
Kami adalah sebahagian dari misi Kenvue untuk menggunakan 100% elektrik dari sumber yang boleh diperbaharui untuk menjalankan operasi kami
Pada hari ini, sebanyak 30% tenaga diperoleh dari sumber tenaga yang boleh diperbaharui, dan J&J berada di landasan yang betul untuk mencapai matlamat 2020 kami
Sejak 2019, J&J telah mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 32% berbanding matlamat 20%
Komitmen Korporat KamiKomitmen kami untuk membawa perubahan tidak terhad kepada LISTERINE® sahaja. Ketahui bagaimana syarikat induk kami, Kenvue Consumer Health, sedang mengambil tindakan untuk menjadikan planet kita lebih sihat.KETAHUI LEBIH LANJUT DI LAMAN KORPORAT KAMI
Komitmen Korporat Kami
Komitmen kami untuk membawa perubahan tidak terhad kepada LISTERINE® sahaja. Ketahui bagaimana syarikat induk kami, Kenvue Consumer Health, sedang mengambil tindakan untuk menjadikan planet kita lebih sihat.