Skip to main content

BENTUK TABIAT DALAM 21 HARI: POWER TO STICK WITH IT

Masanya tiba untuk bangkit melawan kuman. Hanya 3 minggu diperlukan untuk membentuk suatu tabiat. Dalam masa 21 hari, anda akan melawan plak dan bakteria dalam mulut anda seperti yang tidak pernah anda lakukan, untuk mendapatkan mulut yang benar-benar sihat. Anda akan berasa yakin yang anda akan melakukan sedaya yang mungkin untuk menjauhkan kuman dan akan memperoleh hasil yang dapat anda lihat, sentuh dan rasa.

Hari Ke 1

30 saat selepas anda berkumur, anda telah membunuh hampir 99.9% kuman dalam mulut anda, dengan perlindungan sehingga 24 jam.* Pantas betul hasilnya!

*Compared to brushing alone

Hari Ke 2

Hei, segarnya nafas! Selepas hanya sehari, bakteria pembentuk plak dalam mulut yang tertinggal selepas memberus gigi telah dikurangkan sehingga 99.9% — dan ini membantu mengekalkan kesihatan gusi serta nafas segar anda.

Hari Ke 3

Teruskan berkumur! Dengan setiap cucian, cecair kumuran LISTERINE® secara proaktif menguraikan persekitaran kurang sihat yang membolehkan kuman penyebab gingivitis tinggal dan membiak di dalam mulut.

Hari Ke 4

Apa yang istimewa sangat dengan hari ke-4? Cubalah formula pencuci mulut LISTERINE® dengan 4 minyak pati yang berupaya untuk memurnikan mulut anda daripada penumpukan kuman yang tidak menyihatkan.

Hari Ke 5

Bayangkan ini untuk sedikit motivasi berkumur: setiap penutup penuh kumuran LISTERINE® membantu meningkatkan kawasan bebas plak dalam mulut anda.

Hari Ke 6

Anda komited untuk jangka panjang? 21 hari akan memberikan anda mulut yang lebih sihat, tetapi jika anda teruskan, manfaatnya akan terus anda nikmati.

Hari Ke 7

Anda sudah berjaya melakukannya selama seminggu! Raikannya dengan keyakinan bahawa anda kini mempunyai gigi yang lebih kuat, kurang berplak dan lebih bersih serta lebih licin yang dapat anda rasakani.

Hari Ke 8

Memberus gigi sahaja tidak mencukupi. Dengan penggunaan harian, pencuci mulut LISTERINE® akan membantu mengurangkan pembentukan plak sehingga 6 kali ganda berbanding memberus dan memflos semata-mata.

** In lab studies

Hari Ke 9

Hei kuman, awaslah jika kamu bersembunyi: Kumuran LISTERINE® boleh masuk ke setiap rekahan dan celahan bagi menembusi ke dalam untuk membunuh kuman yang ditemui.

Hari Ke 10

Jika anda menyahut Cabaran 21 Hari ini untuk mengatasi masalah gusi anda, ini adalah untuk anda.

Memberus sahaja mungkin tidak mencukupi, namun kumuran LISTERINE® secara aktif membantu mengekalkan kesihatan gusi anda.

Hari Ke 11

Anda sudah separuh jalan, jangan mengalah! Lebih 98% daripada mereka yang menyahut cabaran ini merasakan mereka mempunyai mulut yang lebih sihat selepas 21 hari.

Hari Ke 12

Siapa kata anda tidak boleh kembali ke masa lampau? Penggunaan pencuci mulut LISTERINE® setiap hari akan memulihkan tanda awal penyakit gusi.

Hari Ke 13

Apabila anda berkumur, anda adalah seperti adiwira bagi mulut anda. Kumuran LISTERINE® membolehkan anda menghentikan kuman daripada membiak dan penggunaan secara berterusan membina pertahanan yang kuat terhadapnya.

Hari Ke 14

Tinggal 1 minggu sahaja lagi dan anda sepatutnya melihat kemajuan besar. Sebagai contoh, gusi anda sekarang adalah 5 kali lebih sihat** berbanding sebelumnya, kerana anda sudah mengurangkan bakteria plak sebanyak 95%. Gusi yang sihat kelihatan berwarna merah jambu dan pejal dan kurang mengalami pendarahan atau bengkak.

**** ****

Hari Ke 15

Senyumlah! Sekarang ini, gigi anda sepatutnya 42% lebih kuat berbanding sewaktu anda mula-mula menyahut cabaran ini.

** In lab studies

Hari Ke 16

Segala usaha membasmi kuman selama ini telah membuahkan hasil. Selepas 16 hari, enamel gigi anda dilindungi dengan lebih baik kerana terdapat pengurangan asid penyebab gigi berlubang sebanyak 36%.

Hari Ke 17

Ucapkan selamat tinggal kepada gigi yang rasa berselaput. Kumuran LISTERINE® mengurangkan biofilem dalam masa 21 hari sahaja, dan ini adalah satu lagi sebab untuk terus berkumur.

** In lab studies

Hari Ke 18

Berapa banyakkah perbezaan yang boleh berlaku dalam masa 21 hari? Bayangkan 50%. Itulah jumlah plak yang akan berjaya dikurangkan menjelang hari terakhir anda melaksanakan cabaran ini.**

*Compared to brushing alone

Hari Ke 19

Pesan kepada berus gigi dan flos anda untuk meluangkan tempat. Semua aktiviti berkumur yang telah anda lakukan memberikan anda kadar pembersihan plak sebanyak 52% lebih baik berbanding memberus dan memflos semata-mata.

** In lab studies

Hari Ke 20

Tak sangka mulut anda selama ini seperti sudah bersenam! Ini kerana sejak 3 minggu yang lalu, gigi dan enamel anda kini semakin kuat, dan seluruh mulut anda juga sepatutnya berasa lebih bersih dan segar.

Hari Ke 21

Berjaya akhirnya! Anda berjaya mengembalikan kebersihan mulut anda dan menghapuskan sebarang anasir yang menghalangnya daripada menjadi benar-benar bersih dan sihat. Gusi anda kini adalah 12% lebih sihat dan 11.7% kurang berpenyakit gusi atau gingivitis*. Namun jangan berhenti di sini. Teruskan berkumur dan saksikan manfaatnya (bukannya kuman!) berkembang.

*Compared to brushing alone