Skip to main content

MENGAPA DENTIN SAMA PENTING DENGAN ENAMEL GIGI

Apabila bercakap tentang gigi, ramai memperkatakan tentang enamel dan mengapa ia perlu dilindungi, tetapi anda tidak pasti sebabnya. Adakah ia untuk memastikan gigi anda tetap putih dan bersinar? Adakah ia untuk mencegah gigi berlubang? Kedua-dua jawapan ini BETUL, tetapi ada satu lagi jawapan yang lebih penting: Jika anda tidak menjaga enamel anda dengan baik, dentin anda akan mudah terdedah.

Jika enamel adalah bintang utama, dentin pula adalah watak tambahan. Terletak di bawah enamel, dentin terdiri daripada lapisan tisu hidup dan tubul yang sensitif yang berkomunikasi dengan saraf gigi. Apabila gusi anda surut dan dentin terdedah, benda yang biasa pun mungkin akan terasa sangat menyakitkan. Ini kerana tubul dentin membolehkan makanan seperti sup panas atau aiskrim sejuk untuk merangsang saraf dalam gigi anda secara langsung dan mengakibatkan rasa sakit yang menyucuk yang dipanggil kesensitifan gigi.

Setelah anda tahu, jangan abaikan dentin anda lagi! Jaga enamel anda dengan memberusnya dengan lembut, elakkan makanan berasid dan cegah mulut kering dan anda akan mampu menyelamatkan dentin anda.