Kesan Gigi Berlubang Dari Awal: Waspada Terhadap 5 Tanda Ini
Kaviti adalah bahagian gigi yang rosak dan ia boleh menunjukkan dirinya dengan pelbagai cara yang bergantung pada tahap keseriusan dan kedudukannya di dalam mulut. Kebiasaannya simptom tidak dapat dikesan sehinggalah kawasan yang rosak menjadi lebih besar. Jika dan apabila simptom ini muncul, antara tandanya termasuklah:
#1 Kesensitifan Gigi
Rasa sakit ini boleh jadi sedikit atau lebih teruk, dan ia menyerang apabila anda makan atau minum minuman yang amat sejuk atau amat panas. Makanan atau cecair yang terlampau manis juga boleh mencetuskan sensasi yang menyakitkan ini.
#2 Lubang pada Gigi
Apabila anda ada kaviti, anda mungkin boleh melihat lubang pada gigi di tempat kerosakan gigi berlaku.
#3 Sakit Gigi
Ia boleh jadi sakit yang sedikit atau melampau. Rasa sakit ini lebih jelas apabila anda menggigit.
#4 Perubahan Warna
Kesan gelap yang kelihatan kecoklatan atau hitam juga satu lagi petanda kehadiran kaviti.
#5 X-ray
Kerap kali, tiada sebarang tanda amaran seperti rasa sakit atau lubang untuk memberitahu yang anda mempunyai kaviti. Masalah ini dikesan melalui imbasan X-ray semasa berjumpa doktor gigi. Ini satu lagi sebab untuk terus menjadualkan pemeriksaan gigi setiap 6 bulan sekali.