Jauhi 6 Makanan dan Minuman Ini Yang Memudaratkan Gigi
Sebab utama kaviti, yang sebenarnya merupakan lubang pada gigi, adalah asid yang ada pada gigi dan lama-kelamaan menghauskan enamel. Makanan, daripada yang manis bergula hingga karbohidrat yang berkanji, melarut menjadi gula yang bertukar menjadi asid yang mengakis di dalam mulut, lalu menyerang gigi dan melemahkan lapisan veniernya yang kuat. Elakkan makanan yang memudaratkan ini agar gigi tetap kuat dan enamel tidak haus. Jika anda ingin juga menikmatinya, pastikan anda berkumur dua kali sehari dengan pengkumur mulut LISTERINE® yang menghilangkan plak dan/atau memberus gigi anda.
#1 Gula-gula Keras
Seperti sangkaan anda, gula-gula keras yang bergula dan dikemam untuk jangka masa lama, dan kemudian hancur menjadi ketulan-ketulan kecil, sangat membahayakan enamel dan mengancam kesihatan mulut anda. Gula-gula adalah sarat dengan gula yang melekat pada gigi dan memakan masa yang lama untuk larut lalu mendedahkan gusi dan gigi kepada gula yang merosakkan.
#2 Minuman Berasid
Jus, minuman sukan dan semua jenis soda (termasuk soda diet) adalah sarat dengan gula dan asid, yang tidak baik untuk gigi anda. Jika anda ingin minum sesuatu selain daripada air, cari jenama yang tiada gula tambahan atau cuba tambahkan potongan buah atau sayur, seperti tembikai atau timun, ke dalam air kosong untuk perasa segar yang kurang merosakkan. Pertimbangkan juga untuk mencairkan jus dengan air agar ia tidak begitu memudaratkan gigi anda.
#3 Kek
Manisan ini atau mana-mana yang lain yang mengandungi banyak gula boleh menimbulkan banyak masalah kepada gigi anda. Manisan yang melekat adalah yang paling bahaya. Malah, buah-buahan kering seperti aprikot kering boleh menjejaskan enamel gigi. Makanan yang mudah melekat pada gigi dan tersangkut di celah-celah gusi dan gigi membenarkan gula menyerang enamel dan sukar untuk dibersihkan. Hadkan benda-benda manis dan apabila anda memakannya, segerakan memberus gigi selepas selesai untuk mengurangkan kerosakan. Juga ingat untuk berkumur dua kali sehari dengan pengkumur mulut LISTERINE®.
#4 Pasta
Makanan berkanji seperti pasta, nasi, malah ubi kentang, memudaratkan gigi kerana ia bertukar menjadi gula yang menghasilkan asid yang menghauskan enamel gigi.
#5 Ais
Mengunyah ais atau bahan-bahan keras lain berpotensi meretakkan enamel anda dan mendedahkan gigi. Tabiat lain yang memudaratkan berkaitan mulut anda seperti membuka botol dan bungkusan kerepek dengan gigi juga perlu dielakkan.
#6 Kacang Keras
Selain daripada berpotensi meretakkan enamel, mengunyah kacang yang keras juga boleh merosakkan implan gigi, gigi palsu dan pendakap gigi. Jika kacang itu terlalu keras, pecahkannya kepada bahagian lebih kecil dahulu, atau makan sahaja kacang yang ditumbuk menjadi mentega dan sapuan roti seperti mentega gajus.