5 Jenis Makanan Untuk Gusi Lebih Sihat
Rutin memberus, memflos dan berkumur mengekalkan tahap kesihatan mulut anda. Walaupun anda telah ada amalan yang berkesan ini untuk melawan bakteria, pertahanan anda masih boleh diperkukuh. Masih terdapat makanan yang baik untuk gusi anda selain daripada mengehadkan makanan manis bergula dan berasid tinggi dalam diet anda.
Cara Yang Lebih Baik untuk Menambah Perisa
Akar halia dianggap sebagai herba yang mempunyai keupayaan penyembuhan. Dengan sifat antiradangnya, halia menggalakkan tisu sihat dalam mulut anda.
Menjauhkan Bukan Sahaja Doktor
Mengunyah buah epal biasanya akan memakan masa. Ini adalah baik untuk mulut anda. Tindakan mengunyah ini mencetuskan tindakan pembersihan yang menghapuskan plak yang melekat pada gusi dan gigi anda. Beli buah epal banyak-banyak dan pastikan anda berkumur dengan Pengkumur Mulut selepas memakannya. Ini kerana makanan yang sihat seperti epal juga boleh mendedahkan mulut anda kepada asid.
Diet Anda Mengandungi Susu?
Susu dan makanan tenusu lain seperti keju dan yogurt bukan sahaja kaya dengan kalsium yang memperkuat tulang, tetapi juga kaya dengan protein kasein yang menurut kajian, mengurangkan tahap asid di dalam mulut. Malahan, meminum susu boleh meneutralkan asid yang dihasilkan bakteria plak. Nota: Meminum susu dengan bijirin atau manisan pembasuh mulut tidak sama khasiatnya dengan meminumnya terus selepas makan. Tiada susu? Makan sekeping keju sebagai ganti.
Tingkatkan Pengambilan Sayur Daun Hijau.
Salad berwarna hijau bukan sahaja sangat berkhasiat, tetapi ia juga amat bermanfaat dalam mengekalkan kebersihan mulut kerana kandungan seratnya yang tinggi yang memerlukan kita banyak mengunyah. Air liur tambahan yang dihasilkan semasa mengunyah meneutralkan bakteria mulut. Makanan berserat tinggi dan berselirat seperti bayam mentah, saderi dan malahan kacang yang dimasak juga memeberikan manfaat yang sama.
Hapuskan Bakteria, Lapis demi Lapis
Bawang merah mentah adalah makanan yang hebat dalam melawan bakteria. Ya, mulut berbau adalah musuh kita. Akan tetapi, inilah sebabnya gula-gula getah tanpa gula dan pencuci mulut dicipta. Bawang merah mengandungi bahan antimikrob yang membunuh bakteria, dan menurut suatu kajian, menghapuskan sepenuhnya empat jenis bakteria yang membawa kepada kaviti dan penyakit gusi. Racik sedikit bawang merah dan taburkannya ke dalam salad, pada burger dan sandwic atau ke dalam sup dan stew anda.