Adakah Anda Mengalami Hakisan Enamel?
Enamel adalah permukaan yang terkuat dalam badan. Ia sepatutnya terasa keras dan kuat tetapi ia juga boleh haus lama-kelamaan akibat memakan makanan yang berasid tinggi dan meminum minuman berasid. Jika anda berasa kurang yakin untuk menggigit sayuran mentah yang keras sepeti lobak, periksa simptom ini untuk mengetahui sama ada enamel anda terhakis, yang menyebabkan gigi anda mudah sumbing, merekah atau berlubang.
TANDA #1: Lekuk pada Gigi
Jika anda mula perasan lekukan pada gigi anda, yang mungkin dirujuk doktor gigi anda sebagai 'cupping', ia boleh jadi petanda yang enamel gigi anda sudah haus.
TANDA #2: Gigi Kekuningan
Satu lagi simptom yang menandakan enamel sedang haus adalah gigi yang kekuningan, yang berlaku apabila lebih banyak dentin (atau tisu yang keras, padat, dan bertulang yang membentuk sebahagian besar gigi di bawah enamel) di dalam gigi kini terdedah (dentin berwarna kekuningan semula jadi).
TANDA #3: Gigi Sumbing
Jika anda mula melihat sumbing kecil dan rekahan pada gigi, ini adalah satu lagi tanda amaran yang enamel pada gigi anda sedang haus dan gigi anda menjadi semakin lemah dan kurang mampu menahan gigitan dan kunyahan tanpa tertakik.
TANDA #4: Kesensitifan
Jika gigi anda menjadi semakin sensitif, terutamanya kepada suhu melampau seperti bernafas dalam udara sejuk, atau meminum minuman panas seperti teh panas dan kopi atau minuman sejuk seperti air berais yang dingin, ini juga satu petanda yang enamel anda semakin nipis sehingga gigi anda semakin mudah rosak. Anda juga mungkin merasakan sakit menyucuk apabila anda makan makanan yang terlalu manis, yang berlaku kerana gigi anda memberikan reaksi segera kepadanya.