Skip to main content

6 PERKARA PENYEBAB GIGI ANDA BERUBAH WARNA

Kita semua pernah mengalaminya Kita memakan sesuatu yang berwarna ungu gelap dan apabila kita melihat cermin, lidah kita kini berwarna kehitam-hitaman dan gigi kita bersalut warna. Imbas senarai makanan dan minuman ini yang lazimnya diketahui merubah warna gigi, dan cubalah berkumur dan memberus gigi selepas mengambilnya. Apabila ini tak dapat dilakukan, gunakan air untuk mengeluarkannya dari mulut anda.

PENGUBAH WARNA GIGI #1: Aiskrim Perisa Oren

Serta aiskrim berwarna ungu, merah dan biru langit juga. Makanan seperti aiskrim berperisa yang mendapat warnanya daripada pewarna boleh mengubah warna gigi anda. Ingat petua ini: Jika ia merubah warna lidah anda, ia juga merubah warna gigi anda, walaupun kurang ketara.

PENGUBAH WARNA GIGI #2: Beri Gelap

Beri biru, raspberi dan termasuklah kranberi, semua beri ini boleh merubah warna gigi anda. Ini bukanlah sebab untuk mengelak daripada memakan makanan hebat lagi berkhasiat yang padat dengan antioksidan ini. Cuma pastikan anda berkumur dengan air selepas mengunyah buah-buahan lazat ini dalam mulut anda.

PENGUBAH WARNA GIGI #3: Wain

Ya, wain merah adalah pengubah warna gigi yang diketahui ramai. Namun tahukah anda, wain putih yang mengandungi tanin juga boleh merubah warna gigi anda? Pastikan anda berhenti minum wain 30 minit sebelum rutin berus-flos-kumur anda pada waktu malam untuk hasil terbaik.

PENGUBAH WARNA GIGI #4: Sos Tomato

Perasa bergula berwarna gelap dan rempah-ratus enak seperti kari, kunyit dan jintan putih lama-kelamaan boleh merubah warna gigi anda. Pastikan anda berkumur dan memberus gigi selepas menikmati makanan yang mengandungi sos tomato. Jika itu tidak dapat dilakukan, minumlah air untuk menghilangkan partikel makanan yang merubah warna gigi itu.

PENGUBAH WARNA GIGI #5: Kopi

Anda tidak perlu menghentikan tabiat kafein anda hanya kerana ia menguningkan gigi anda—tambahkan ais dan gunakan straw apabila meminum cecair berwarna ini.

PENGUBAH WARNA GIGI #6: Soda

Sama ada dengan atau tanpa gula, soda melunturkan keputihan gigi dan senyuman anda. Soda bukan sahabat mulut anda dan ia perlu dielakkan.