Skip to main content

5 Makanan Yang Tak Disangka Mensabotaj Mulut Anda

#1: Aiskrim

Manisan beku ini membahayakan gusi, terutamanya gusi yang sudah sedia lemah. Umumnya, gula tambahan dalam kebanyakan manisan—daripada biskut sehinggalah minuman soda—adalah memudaratkan gusi anda, kerana gula akan melekat pada gusi dan mengaktifkan penghasilan asid yang menghakis. Malahan, suhu berais aiskrim boleh menyakitkan gusi apabila ia sudah mula menyusut, dan mendedahkan akar gigi kepada rasa sejuk dan panas. Ini tidak bermakna anda perlu menghentikan pengambilan gula dalam diet anda. Cuba hadkan diri anda, dan apabila anda memakan aiskrim, cuba berus gigi untuk menghilangkan gula dari gigi. Juga, satu lagi penyelesaian adalah berkumur dua kali sehari dengan pencuci mulut untuk meneutralkan tahap asid daripada makanan anda:

#2: Tomato

Diet yang sangat tinggi kandungan gulanya tidak menggalakkan gusi yang sihat dan pejal. Begitu juga dengan diet yang tinggi kandungan asidnya. Walaupun tomato berkhasiat daripada banyak segi dan kaya dengan antioksidan likopena yang dikaitkan dengan keupayaan merendahkan risiko angin ahmar, buah yang berair ini juga amat berasid. Memakan buah-buahan sebegini sebenarnya ibarat menyiram gigi anda dengan asid yang merosakkan gigi dan menghakis gusi. Makanlah ia bersama makanan yang meneutralkan asid seperti keju mozarela, daging atau ayam tanpa lemak, kacang, lentil atau tuna.

#3: Oren

Buah-buahan sitrus seperti oren, limau gedang, lemon dan limau adalah berasid dan mempunyai kandungan gula buah semula jadi yang boleh merosakkan dan menghakis gigi dan gusi. Ada cara lain yang tidak berasid untuk mendapatkan vitamin C, seperti mengambil makanan tambahan atau memakan sayur-sayuran yang tinggi vitamin C tetapi rendah asid (seperti brokoli, asparagus dan kacang pea) dan buah-buahan berasid rendah seperti tembikai wangi, tembikai susu dan kiwi (yang mengandungi lebih banyak vitamin C berbanding oren).

#4: Roti

Roti putih serta makanan lain yang kaya dengan kanji dan diperbuat daripada tepung putih adalah tidak baik untuk gusi anda. Walaupun ini mungkin memeranjatkan anda, tetapi roti, biskut tawar dan kerepek juga memudaratkan gusi seperti gula-gula. Jenis-jenis kanji ini adalah karbohidrat ringkas yang terus berada di sekeliling mulut dan larut menjadi gula ringkas yang menjadi bekalan makanan kuman di dalam mulut, yang kemudian membawa kepada kerosakan akibat asid yang tinggi.

#5: Minuman Sukan

Selain daripada kandungan gula yang tinggi, minuman sukan juga merosakkan gusi dan menggalakkan gigi rosak, kerana kandungan asidnya juga tinggi. Suatu kajian tahun 2012 mendapati gigi dan gusi diserang oleh asid dalam minuman sukan, selepas ia diminum 5 hari berturut-turut. Jika anda atau anak anda minum minuman sukan selepas bersenam, teliti label minuman untuk mendapatkan jenama dengan kandungan gula tambahan yang paling rendah, atau minum air saja.