5 Makanan Untuk Gigi Lebih Kuat Dan Kukuh
Enamel gigi adalah tisu yang paling kuat dalam seluruh tubuh manusia. Pastikan lapisan keras luaran yang melitupi gigi anda sentiasa pada tahap terkuat dengan menambahkan makanan penguat gigi ini ke dalam diet harian anda.
#1 Keju
Makanan tenusu termasuk keju adalah kaya dengan kalsium yang memperkuat gigi dan tulang. Produk tenusu seperti keju dan susu juga mengandungi protein kasein yang membaiki dan menstabilkan enamel. Bagaimanapun, tidak semua produk keju kaya dengan kalsium. Jadi pastikan anda memeriksa label untuk mengetahui berapa peratus daripada kalsium harian yang disyorkan yang dibekalkannya pada setiap hidangan.
#2 Sayuran Hijau
Bayam dan sayuran hijau yang lain sarat dengan serat yang amat baik untuk gigi anda kerana gigi perlu banyak mengunyah untuk menguraikan makanan dan menghasilkan air liur yang membersih dan membilas gigi anda sambil meneutralkan asid. Tidak menggemari sayur hijau? Semangkuk kacang berserat tinggi juga mengandungi khasiat yang sama.
#3 Salmon Liar
Ikan yang berlemak ini kaya dengan omega-3 dan juga sumber vitamin D yang tidak diketahui ramai. Ia membantu badan menyerap kalsium agar mineral itu dapat berfungsi melindungi dan menguatkan gigi.
#4 Teh Hijau
Minuman penyembuh ini mempunyai banyak manfaat yang disokong oleh hasil kajian. Ia datang daripada antioksidan yang berkuasa menentang penyakit dan bakteria sekali gus mempunyai keupayaan melindungi gigi dengan mencegah plak daripada melekat padanya. Teh juga biasanya mengandungi fluorida yang mencegah kerosakan gigi dan memperkuat enamel. Jika teh hijau terlalu pahit buat anda, cuba minum teh hitam yang kurang pahit tetapi menawarkan perlindungan yang sama untuk gigi dan gusi anda.
#5: Batang Lobak
Lobak merah mentah dan sayuran mentah yang lain serta buah-buahan yang perlu dikunyah dengan banyak seperti epal, pear dan timun boleh menguatkan gigi anda. Perlakuan mengunyah juga mengganggu plak yang sarat dengan bakteria sekali gus membersihkan gigi dan gusi.