Skip to main content

5 MAKANAN DAN MINUMAN YANG BOLEH MEMASTIKAN GIGI ANDA KEKAL PUTIH

Cuba tambahkan makanan berikut ke dalam diet anda. Ia bukan sahaja menambahkan khasiat, tetapi juga mengekalkan keputihan gigi anda.

PEMUTIH GIGI #1: Kubis bunga

Ia antara jenis makanan yang perlu dikunyah lama dan ini baik untuk gigi anda. Lebih lama masa diperlukan untuk menghancurkan makanan, lebih banyak air liur yang anda hasilkan. Dan air liur adalah pembersih semula jadi untuk memastikan gigi anda bersinar dan berseri.

PEMUTIH GIGI #2: Strawberi

Buah ini mungkin berwarna gelap tetapi ia juga kaya dengan enzim yang dikenali sebagai asid malik yang memutihkan gigi secara semula jadi.

PEMUTIH GIGI #3: Keju

Ibu anda menyuruh anda meminum susu untuk tulang yang kuat dan senyuman yang putih berseri. Memang ibu anda betul. Produk tenusu seperti keju, susu dan yogurt mengandungi asid laktik dan mineral kalsium yang memperkuat enamel, menguatkan gigi dan juga memutihkannya. Mengunyah keju juga mencetuskan penghasilan air liur yang membersihkan sisa makanan pengubah warna gigi.

PEMUTIH GIGI #4: Epal

Buah ini perlu dikunyah lama, sama seperti lobak yang rangup. Ini adalah satu amalan pembersihan yang baik untuk mulut anda. Tindakan menyental secara semula jadi membersihkan partikel dari mulut dan memastikan ia putih.

PEMUTIH GIGI #5: Saderi

Buah-buahan dan sayur-sayuran berserat tinggi bukan sahaja rendah kalori dan kaya dengan nutrien, malah makanan yang kenyal ini mengekalkan keputihan gigi dan kesihatan tisu gusi.