Skip to main content

4 Fakta Yang Melindungi Gusi (dan Gigi) Anda

FAKTA: Ini Memang Biasa

Jika anda khuatir dengan status gusi anda, anda tidak keseorangan. Berjuta-juta orang dewasa mempunyai pelbagai jenis penyakit gusi. Namun, tidak ramai yang menyedarinya. Anda mungkin terkejut apabila satu daripada empat orang dewasa mempunyai penyakit gusi, sama ada peringkat awal, pertengahan, atau lanjutan.

FAKTA: Ia Bukan Perkara Tertentu Sahaja

Istilah penyakit gusi, atau dalam istilah perubatannya periodontitis, tidak hanya merujuk kepada keadaan, gejala atau rawatan tertentu sahaja. Ia merujuk kepada keseluruhan siri gejala dan peringkat. Daripada gejala ringan gusi merah dan membengkak, dan tanda lebih jelas seperti gusi berdarah, sehinggalah isu lebih serius seperti periodontitis apabila gusi mula menyusut dan poket-poket terbentuk. Jika diabaikan, situasi ini boleh mengakibatkan kerosakan lebih serius yang menjejaskan gigi, gusi dan tisu.

FAKTA: Ia Boleh Dicegah

Yang baiknya adalah, peralihan daripada gejala ringan seperti gusi membengkak dan rengsa yang membawa kepada pembentukan poket-poket yang lebih serius tidak berlaku dalam sekelip mata. Pada setiap peringkat peralihan pula anda berpeluang memperbaik kesihatan gusi dan melindungi serta mengekalkan gigi anda.

FAKTA: Anda Tidak Sepatutnya Mengabaikan Gejalanya

Semakin kita menyedari tanda awal masalah gusi, lebih awal kita dapat melakukan sesuatu dan meningkatkan amalan kesihatan mulut kita untuk mendapatkan kembali mulut yang lebih segar dan sihat. Jika gigi anda berdarah dan anda berterusan mengabaikan tandanya, akhirnya penyakit gusi ini akan mempunyai kesan yang serius, seperti kehilangan gigi anda.