4 Cara Ibu Bapa Mendidik Anak Agar Berkumur
Doktor gigi biasanya mencadangkan agar ibu bapa memberus gigi anak sehingga anak itu berumur sekitar 6 tahun. Maka tiba masanya untuk mendidik anak-anak anda cara memberus, flos dan membersihkan gigi mereka sendiri (dan didik mereka tentang kepentingannya) untuk mencegah gigi berlubang dan lawatan yang tidak diingini ke klinik gigi. Ini adalah beberapa elat popular yang digunakan oleh ibu bapa untuk mendorong anak-anak mereka.
ELAT #1: Gunakan Berus Gigi Yang Menyeronokkan dan Menarik serta Perisa Pengkumur Mulut yang Mesra Kanak-kanak
Biarkan anak anda memilih sendiri berus gigi, cecair kumuran dan ubat giginya. Kini anda boleh mendapatkan pelbagai berus gigi mesra kanak-kanak dalam warna yang ceria dengan hiasan karakter TV dan filem kegemarannya.
ELAT #2: Nyanyikan Lagu
Tambahkan keriangan sewaktu memberus gigi dengan menyanyikan lagu pilihan anak anda sewaktu mereka memberus, flos dan berkumur. Satu-satunya kekurangannya adalah rutin ini tidak boleh ditinggalkan langsung. Jika boleh, galakkan dia untuk ikut sama menyenandungkan lagu itu dengan mulut penuh buih (yang pastinya akan membuatkan mereka tergelak gembira). Jika anak anda sukakan sukan, gunakan jam randik sebagai ganti lagu dan jadikan ia suatu pertandingan untuk mengetahui sama ada mereka boleh terus menggosok gigi sehingga jam randik berbunyi.
ELAT #3: Permainan Kalendar
Umpan mereka dengan hadiah yang menarik. Jadikan ia satu pertandingan supaya tempoh masa memberus gigi yang lama dan berturut-turut akan mendapatkan hadiah yang lebih besar untuk anak anda. Berikan anak anda permainan yang betul-betul diingininya selepas memberus gigi dan berkumur dua kali sehari selama 14 hari berturut-turut. Gantung kalendar pada tahap ketinggian anak anda di bilik air dan benarkan dia menampal pelekat bintang emas bagi setiap hari yang dia berjaya menggosok gigi dan berkumur pada waktu pagi dan malam.
ELAT #4: Ceritakan Kisah Gigi
Jelaskan tentang kepentingan memberus gigi dan lakukan aksi lakonan sewaktu menerangkan tentang kuman dari gula yang mengakibatkan lubang pada gigi kita jika kita tidak mencucinya dan berkumur dengan baik. Masukkan watak seperti pari-pari gigi yang kelihatan seperti gigi yang bersinar dan Encik Kuman yang jahat. Selepas anda bercerita kepada mereka beberapa kali, minta mereka pula menceritakannya kepada anda pada sesetengah malam. Tanya soalan tentang watak-watak itu dan bagaimana bunyinya dengan menggalakkan anak anda untuk menggayakan kesan bunyi itu.